Skip to main content

Filem

Seram, Aksi & Lawak Dalam Satu Pakej! Layan Mikael: Pemburu Dua Alam Dengan Reaksi KAW Bersama Alicafe  

Remy mikael

Sekilas

  • Filem Mikael: Pemburu Dua Alam mengisahkan penyiasatan misteri di majlis perkahwinan yang membawa kepada pendedahan kuasa ghaib dan elemen supernatural.
  • Remy Ishak memegang watak utama sebagai Mikael dalam filem yang menggabungkan aksi, seram, dan komedi dengan lakonan mantap serta jalan cerita menarik.
  • Filem ini boleh ditonton di Astro First bermula 4 Jun 2026, dengan kempen ‘Kuasa Mikael Kaw’ oleh Alicafe yang menambah pengalaman menonton lebih menyeronokkan.

Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang pada awalnya berlangsung meriah bertukar tragedi ngeri apabila pengantindan para tetamu menjadi mangsa satu kejadian misteri yang sukar dijelaskan.

Insiden tersebut membawa kepada kemunculan seorang pegawai polis elit iaitu Mikael yang ditugaskan menyiasat kesberkenaan.

Namun, semakin jauh siasatan dijalankan, semakin banyak rahsia melibatkan alam ghaib dan kuasa gelap mula terbongkar.

Mikael: Pemburu Dua Alam tampil sebagai sebuah naskhah yang berani menggabungkan aksi, seram dan komedi dalam satu cerita segar serta dekat dengan cita rasa penonton tempatan.

Diterajui oleh Remy Ishak sebagai Mikael, filem ini turut diserikan dengan kehadiran watak-watak lain yang menghidupkan jalan cerita menerusi gabungan emosi, ketegangan dan humor yang seimbang.

 

#Filem Genre Unik Yang Wajib Ditonton

Selain aksi pertarungan yang mendebarkan dan visual yang mengagumkan, filem ini turut menyelitkan elemen komedi menerusi watak Winston dan Sarjan Kok yang menceriakan suasana tanpa menjejaskan plot cerita.

Gabungan jalan cerita penuh misteri, elemen supernatural serta lakonan mantap para pelakon menjadikan filem ini antara pilihan menarik untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan.

 
#Kuasa Mikael KAW Bersama Alicafe

Lebih menarik, pengalaman menonton filem ini dipertingkatkan menerusi kempen ‘Kuasa Mikael Kaw’ oleh Alicafe selaku penaja minuman utama

Kolaborasi ini cukup sinonim memandangkan Remy Ishak bukan sahaja memegang watak utama sebagai Mikael, malah merupakan duta Alicafe.

Seperti karakter Mikael yang berdepan pelbagai cabaran dengan keberanian dan ketahanan diri, Alicafe pula dikenali dengan rasa kopi kaw yang membantu pengguna kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.

Menerusi kempen ini, Alicafe mengajak rakyat Malaysia menikmati pengalaman movie night yang lebihmenyeronokkan bersama secawan kopi kegemaran mereka.

Bermula 4 Jun 2026, Mikael: Pemburu Dua Alam bolehditonton di Astro First.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan aksi, misteri, elemen supernatural dan komedi dalam satu naskhah yang pastinya menghiburkan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement