Penyanyi Indonesia, Gisella Anatasia atau Gisel akhirnya mengaku kepada pihak polis bahawa dialah wanita yang terdapat dalam video porno atau seks yang tersebar sebelum ini.
Pengakuan itu dilakukan Gisel setelah satu bulan disoal siasat pihak polis. Lantaran itu, dirinya yang sebelum ini hanya dipanggil sebagai saksi, kini bertukar status sebagai tertuduh.
"Saudari Gisella Anatasia telah mengaku kepada pihak polis bahawa wanita dan video porno yang tersebar itu adalah miliknya," kata wakil polis, Yusri Yunus seperti dilaporkan oleh Detik.com.
Yusri juga mengatakan selain pengakuan Gisel, bukti hasil forensik termasuk pemeriksaan terhadap beberapa saksi yang lain juga mengatakan bekas isteri pelakon Gading Marten itu adalah wanita yang sedang bersetubuh di atas katil bersama seorang lelaki.
Lelaki yang berasmara bersama Gisel juga dikatakan sudah mengaku, sekali gus menjadikan dirinya sebagai tertuduh.
Menurut laporan media Indonesia, Gisel mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu di sebuah hotel di Medan pada tahun 2017. Diketahui, saat itu ibu satu anak ini masih berstatus isteri orang.
Walaupun polis sudah mengesahkan pengakuannya, namun pihak Gisel sendiri belum memberi sebarang kenyataan.
Sebelum ini dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita penyebaran video porno atau seks seorang wanita dipercayai penyanyi Gisel bersama lelaki yang juga dipercayai merupakan salah seorang pemuzik yang kerap mengiringi persembahannya.
Video tersebut disebarkan oleh dua pengguna Twitter dan kedua duanya telah diselidik pihak polis.
Meski demikian, sejak sebulan lalu, Gisel dan pemuzik itu kedua duanya menafikan tuduhan tersebut sebelum ada pihak yang membuat laporan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Instagram: @gisel_la
Maliah Surip
Tue Dec 29 2020


WOK FROM HOME, Jujur Dengan Diri Sendiri. “Bekerjalah Sambil Cari Keberkatan” – Ustaz Halim Din
Kita sering mendengar nasihat orang berpengalaman dan berilmu agama bahawa keberkatan itu mencukupkan apa yang kurang, menambah apa yang sedia ada tanpa disangka-sangka.

"Ramai Yang Cakap Wawa Akan Hidup Susah, Hubungan Takkan Kekal Kerana..." - Wawa Zainal
Jangan cepat pandang rendah pada orang!

Jamal Abdillah Akui Letih Jaga Anak Kecil - "Tanggungjawab Ini Memang Berat Tapi Syukur"
Mungkin ini sesuatu yang Allah kurniakan anak-anak untuk saya menebus segala kesalahan.

Aisha Retno Cerita Keperitan Bertepuk Sebelah Tangan Dalam Cinta Denganmu
Buah tangan terbaru Aisha ini mengisahkan tentang percintaan menyedihkan di mana cinta seorang wanita tidak berbalas.

“Hukum Pengunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus & ...” - PM
Jawab kekeliruan!

“Pakcik Minta Maaf Sebab...” - Menteri Agama Titip Doa Buat Pemergian Bapa Atho’ullah
Sebak dengar perbualan mereka

COVID 19: Penting! Baca Kriteria & 10 Langkah Kes Positif COVID 19 Pengasingan Diri Di Rumah
tanpa gejala sekarang ramai yang tak sedar positif COVID 19

Pertama Kali Bergandingan Dalam The Maid, Norman Hakim Dedah Sikap Sebenar Mira Filzah, La Patutlah...
Mira Filzah jadi isteri nombor 4 dalam The Maid

Berehat Dari SepahTu Reunion Live 2020, Undur Diri Dari Radio…Shuib Beri Bayangan Berehat Dari Dunia Seni?
Alamak! Biar betul?

“Kau Umur Baru 30 Dah Macam Norlia Ghani” - Bandingkan Fizikal Kavita Sidhu, Ciapan Pengguna Ini Bawa Padah
Berani bandingkan Norlia Ghani dan Kavita Sidhu!