Program hiburan yang bakal mencipta sejarah dalam industri hiburan , All Together Now bakal menemui anda mulai 6 Jun 2021.

Program adaptasi format All Together Now Malaysia (ATNMY) ini merupakan yang pertama dihasilkan di Asia Tenggara.

Program ATNMY ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Sebelum ini, Gempak telah berkongsi dengan anda bahawa Sherry Alhadad dipilih selaku hos dan Datuk AC (DAC) Mizal pula berperanan sebagai ketua atau kapten juri.

Hari ini, 49 lagi juri yang bakal bergandingan bersama DAC telah diumumkan, berikut merupakan senarainya.

1. Datuk AC Mizal (Kapten)
2. Syamel
3. Ernie Zakri
4. Mark Adam
5. Noryn Aziz
6. Erra Fazira
7. Tuju K-Clique
8. Siti Nordiana
9. Zizan Razak
10. Tabby Dolla
11. Khai Bahar
12. Zizi Kirana
13. Jaclyn Victor
14. Linda Nanuwil
15. Andi Bernadee
16. Bob Yusof
17. Nana Mahazan
18. Shiha Zikir
19. Sissy Imann
20. Chubb-e
21. Mimi Fly
22. Aina Abdul
23. Ifa Raziah
24. Sarah Suhairi
25. Catriona Ross
26. Azzam Sham
27. Dafi Ismail
28. Ara Johari
29. Azira Syafinaz
30. Liza Hanim
31. Yusuf Bahrin
32. Angel Dolla
33. Joey Daud
34. Acong
35. AzfarHeri
36. Yaya Zahir
37. Kelly Azman
38. Jad Lobo
39. Harith Zazman
40. Kaka Azraff
41. Haniff Hamzah ERA
42. Falyq Hikyle SINAR
43. Ean HITZ
44. Suresh RAAGA
45. Alvin Chong
46. Daniel Cheang
47. Vanessa Reynauld
48. Neeta Manisha
49. Thanuja
50. Kidd Santhe


Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, pihak Astro Ria berbesa hati menganjurkan ATNMY bagi mengubati kerinduan orang ramai terhadap program penyertaan amatur.

"Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, saluran Astro Ria kini dengan berbesar hati menganjurkan program ATNMY bagi mengubat kerinduan orang ramai terhadap program-program sebegini.

"Kali terakhir Astro Ria menganjurkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa seumpama ini ialah menerusi program fenomena Akademi Fantasia yang kali terakhir diterbitkan pada tahun 2017 untuk edisi AF Megastar.

"Caturan berani Astro dalam memperkenalkan konsep realiti yang cukup asing di kalangan audiens tempatan pada tahun 2003 ketika itu ternyata telah membuka satu lembaran baharu yang mengubah landskap dunia hiburan secara drastik," katanya.

Jangan lupa saksikan ATNMY mulai 6 Jun ini pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian Di Sebalik All Together Now Malaysia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 31 Mei 2021. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2021.

Program khas ATN Malaysia Extended pula akan menyiarkan klip video bloopers menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 7 Jun 2021.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program All Together Now Malaysia Live Plus akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ATNM bermula 6 Jun 2021.