Laman Utama

Akhirnya! Tempoh Operasi Premis Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Bermula...

gempak
Hanafis Haris
21/01/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya! Tempoh Operasi Premis Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Bermula...

Kerajaan akhirnya bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media khas PKP hari ini.
Menurut Ismail Sabri, keputusan lanjutan itu tertakluk di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pukul 10 malam bermula esok.

Jelasnya, kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli serta peniaga apabila hanya dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.

“Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat.

“Kita sedar apabila rungutannya banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, biarpun begitu, prosedur operasi standard (SOP) masih kekal dan masih tidak dibenarkan makan di premis makanan.

“Hanya pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan.

“Makan di kedai masih tak dibenarkan, ia masih kekal untuk dibawa pulang dan pesanan untuk penghantaran makanan juga kita buka sampai 10 malam,” katanya.

Gambar : Al-hijrah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live