Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Kena Gangguan, Tapi Ada Kes Berlaku Di Set” – Aila Azizul

“Saya Tak Kena Gangguan, Tapi Ada Kes Berlaku Di Set” – Aila Azizul

Sekilas

  • Aila Azizul tidak mengalami gangguan mistik sepanjang penggambaran filem seram Pemuja Syaitan walaupun ada kejadian melibatkan kru dan pelakon lain.
  • Cabaran utama Aila adalah keletihan fizikal dan mental akibat jadual kerja yang terbalik dengan hanya satu hari cuti seminggu.
  • Untuk mengatasi rasa takut ketika babak ritual, Aila memperkuatkan iman dan sentiasa mengingatkan diri bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.
Advertisement

Pelakon Aila Azizul mendedahkan dia tidak mengalami sebarang gangguan mistik sepanjang penggambaran filem seram Pemuja Syaitan meskipun terdapat beberapa kejadian didakwa berlaku membabitkan kru serta pelakon lain.

Menurut Aila, cabaran terbesar yang dirasainya sepanjang penggambaran lebih kepada keletihan fizikal dan mental berikutan jadual kerja yang terbalik.

Advertisement

“Saya sendiri tak kena gangguan, tapi ada beberapa kes berlaku di set melibatkan kru dan pelakon lain. Alhamdulillah, saya tak kena apa-apa.

“Dari segi fizikal dan mental, saya rasa lebih kepada penat sebab waktu kerja yang terbalik. Siang tidur, malam syot.

“Seminggu cuma ada satu hari cuti, jadi memang letih sikit,” katanya.

Advertisement

Mengulas mengenai babak ritual yang banyak dilakukannya dalam filem tersebut, Aila mengakui tetap mempunyai rasa takut ketika menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, dia cuba mengawal perasaan tersebut dengan memperkuatkan diri dari sudut rohani.

“Ketakutan itu memang ada, tapi saya kena kuatkan iman. Kalau tidak, benda itu boleh masuk.

“Saya kena bina ‘benteng’, banyakkan selawat dan cuba jangan terlalu mendalami ritual itu sangat,” ujarnya.

Aila berkata, dia sentiasa mengingatkan diri bahawa segala ritual yang dilakukan hanyalah sebahagian daripada lakonan dan tidak mahu terlalu hanyut dengan babak berkenaan.

“Saya kena sentiasa ingat yang ini cuma lakonan, bukan betul-betul.

“Kalau saya terlalu ‘dive deep’, apa-apa pun boleh jadi,” katanya.

Pemuja Syaitan merupakan filem sulung arahan Liyana Jasmay yang mengetengahkan genre seram ‘teen slasher’ dan berlatar sekitar era 1990-an.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon antaranya Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan serta bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement