Skip to main content

Berita Tempatan

"Gagal Dalam Perkahwinan Itu Ujian Kehidupan" - Nora Danish Tak Takut Bercinta Kali Ketiga, Mahu Suami Beriman

"Gagal Dalam Perkahwinan Itu Ujian Kehidupan" - Nora Danish Tak Takut Bercinta Kali Ketiga, Mahu Suami Beriman

Sekilas

  • Nora Danish tidak pernah serik untuk bercinta walaupun sudah dua kali bercerai dan masih berharap untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki beriman.
  • Dia mengambil inspirasi daripada kebahagiaan rakan selebriti seperti Neelofa dan Bella Astillah, namun sedar setiap orang ada perjalanan hidup berbeza dan tiada jaminan hubungan kekal.
  • Nora menegaskan dia seorang yang romantik dan tidak pernah menutup pintu hati untuk cinta, sambil bersedia muncul dalam drama TV3, 'Perempuan Sesudah Lafaz'.
Advertisement

Biarpun sudah dua kali melalui episod perceraian, pelakon Nora Danish mengakui dirinya tidak pernah serik untuk kembali bercinta, malah masih menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga.

Nora, 44, berkata, antara doa yang sering dipanjatkan adalah agar dipertemukan dengan seorang lelaki beriman yang mampu membimbingnya dalam kehidupan.

Advertisement

“Sebenarnya, idaman setiap wanita adalah untuk mendapatkan suami yang beriman. Kalau dapat, Alhamdulillah.

“Cuma, kadang-kadang apa yang saya kongsikan di Threads atau media sosial sendiri adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pengikut. Itu sahaja, supaya ada interaksi dua hala.

“Tetapi dari segi peribadi, saya lebih fokus kepada diri sendiri sekarang. Terutama dalam fasa kehidupan saya ketika ini.

“Kalau dahulu, memang saya mencari kerana saya rasa perlukan teman,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran drama TV3, ‘Perempuan Sesudah Lafaz’ di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), pada Selasa.

Menurut Nora, melihat kebahagiaan individu lain termasuk rakan selebriti seperti Neelofa bersama suaminya, PU Riz serta Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus mengharapkan yang terbaik dalam soal jodoh.

Bagaimanapun, dia sedar setiap individu mempunyai perjalanan kehidupan yang berbeza dan tiada jaminan sesebuah hubungan akan kekal seperti yang diharapkan.

Advertisement

“Apabila pergi ke acara Neelofa dan melihat dia bersama suami, atau melihat pasangan seperti Bella Astillah dan Syed Saddiq, kita boleh menjadikan mereka sebagai inspirasi.

“Tetapi untuk mendapatkan hubungan seperti yang mereka miliki, mungkin kita akan dapat, mungkin juga tidak. Kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik.

“Gagal dalam perkahwinan itu perkara biasa. Itu ujian kehidupan. Kalau kali ketiga saya berkahwin, mungkin saya gagal lagi, mungkin juga tidak.

“Semua itu lumrah kehidupan. Hendak mendapatkan pasangan yang sempurna memang sukar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nora menegaskan dirinya tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran insan baharu.

Malah, pelakon berkenaan mengakui dia seorang yang romantik dan percaya cinta masih mempunyai tempat penting dalam kehidupannya.

“Tidak pernah (tutup pintu hati). Saya seorang yang hopeless romantic. Bagi saya, percintaan itu perlu.

“Malah, pemilihan filem saya pun kebanyakannya berkisarkan kisah romantik.

“Jadi, Nora memang memerlukan cinta dalam kehidupan. Saya tidak pernah menutup hati dan sentiasa berdoa supaya Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal tampil menerusi drama ‘Perempuan Sesudah Lafaz’ arahan Nizam Zakaria yang turut dibintangi Yusuf Bahrin, Riena Diana, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifli dan Muhsin Nadzli.

Drama berkenaan dijadualkan bersiaran di TV3 tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement