BERITA
Akhirnya Terjawab! Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Pada Ahad
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada 2 Mac 2025, Ahad.
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Jumaat, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijriah.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 20 Februari memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Must-Watch Video