General Motors (GM) baru-baru ini membuat panggilan semula lebih 900,000 unit kenderaan dalam dua kempen baik pulih berasingan untuk menangani masalah risiko kebakaran dan perisian brek.
Pengeluar Amerika Syarikat itu memanggil balik lebih 550,000 unit model pikap ringan Chevrolet Silverado 1500, Cadillac CT6 dan GMC Sierra 1500 keluaran 2019 disebabkan potensi isu perisian membabitkan notifikasi sistem penyelenggaraan brek.
Menurut GM, kerosakan itu yang jarang berlaku boleh menyebabkan kawalan sistem kestabilan elektronik dan sistem brek antikunci dinyahaktifkan.
GM menyatakan sistem diagnostik gagal menyalakan lampu peringatan atau amaran pada kluster meter pada kenderaan terjejas. Pihak pengedar rasmi akan memulihkan semula perisian itu.

Selain itu, GM juga akan meminta lebih 400,000 pemilik trak Chevrolet Silverado 1500 dan GMC Sierra 1500 edisi 2019-2020 berkunjung ke premis pengedar berhubung isu gegelung kabel positif bateri.
Difahamkan bahawa komponen itu dihasilkan dengan lebihan gam yang boleh menyebabkan risiko kebakaran. Pengedar GM akan memeriksa kenderaan terbabit dan menggantikan komponen itu jika perlu.
Ada satu kes kebakaran dilaporkan dan tiada kecederaan berlaku. Panggilan balik itu berlaku selepas satu laporan dibuat oleh kakitangan GM di Kanada. Sebahagian besar pemiik yang terbabit dalam panggilan semula itu ialah di Amerika Syarikat dengan catatan 814,000 unit kenderaan.
Bagaimanapun, ia satu usaha yang cukup pantas yang dilakukan oleh syarikat itu untuk memberi jaminan keselamatan kepada penggunanya, sekali gus menjaga nama baik syarikat.