Pada tahun 2014, penyanyi rap terkenal, Curtis James Jackson III atau lebih dikenali sebagai 50 cent merupakan selebriti pertama yang menggunakan transaksi bitcoin untuk urusan jual beli albumnya yang bertajuk Animal Ambition.

Menerusi laporan portal antarabangsa, penjualan albumnya itu berjaya mengumpul 700 bitcoin yang ketika itu bernilai lebih AS$400,000.

Tahun berganti tahun, 50 cent membiarkan akaun bitcoinnya dan baru-baru ini, rapper terkenal itu menyedari yang dirinya kini jutawan bitcoin.

Nilai bitcoin kini telah mencecah lebih AS$11,000, berbanding pada tahun 2014 hanya AS$662. Tidak hairanlah 50 cent boleh menjadi jutawan sekelip mata.

Yang menariknya, 50 cent sebenarnya terlupa tentang urusan jual beli menggunakan bitcoin itu. Nasib baik 50 cent masih mengingati kata laluannya.

Sumber: Astro Awani