,
Berita

Aksi Abang Polis Selamatkan Anak Anjing Raih Perhatian, Siap Dapat Surat Penghargaan Daripada Tengku Permaisuri Selangor!

Kamaruddin Razal
16/04/2020
21:58 MYT
Sikap prihatin anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bernama Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee membantu menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar bukan sahaja mendapat perhatian netizen.
Berita itu turut meraih perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan surat penghargaan kepada Azad atas keperhatinannya menyelamatkan anak anjing terbabit.
Berita terbabit dikongsikan oleh laman Facebook Polis (IPD) Shah Alam kelmarin.
"MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR.
"YDH ACP Baharudin Mat Taib (Ketua Polis Daerah Shah Alam) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee daripada Unit MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam.
"Turut serta dalam masjlis ini adalah Supt Ramsay Anak Embol (Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), Muhammad Syahir Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor), Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.
"Penyampaian surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor kepada Azad telah disampaikan oleh Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor) dan disaksikan oleh ACP Baharudin Mat Taib.
"Surat Penghargaan ini adalah atas keprihatinan Azad untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang telah jatuh ke dalam longkang dan video berkenaan telah tular dilaman sosial yang mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat," kongsi akaun terbabit.
Sebelum ini, aksi Azad menyelamatkan anak anjing tersebut telah tular di laman sosial.
BACA: #MyHero: Abang Polis Selamatkan Anak Anjing Dalam Longkang Dapat Pujian Netizen
Rakaman video aksi Azad yang dimuat naik oleh rakannya, Koperal Ezam Ramli di laman Facebook telah meraih lebih 490,000 tontonan, 29,000 tanda suka dan 24,000 perkongsian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!