Sepotong video memaparkan aksi spontan seekor orang utan yang mencium dan memeluk pelakon Ruhainies tular di media sosial.

Babak lucu yang dirakamkan Ruhainies dan dimuat naik di Instagramnya itu mendapat pelbagai komen cemburu dalam kalangan netizen.

Ada yang iri hati melihat gelagat mesra antara orang utan dan Ruhainies itu malah ada juga yang menawarkan diri untuk menggantikan tempat haiwan tersebut.

"Pada saat ni, ramai nak jadi orang utan," tulis salah seorang pengguna.

"I pun nak peluk Ruhainies juga macam tu," tambah pengguna lelaki lain.

"Apasal aku tetiba teringin nak jadi orang utan lak ni," sahut pengguna lain pula.

Dalam video tersebut, Ruhainies yang sedang bercuti di sebuah pusat peranginan tanah tinggi cuba bersalaman dengan orang utan terbabit sambil mengucapkan 'Selamat Hari Raya'.

Tidak semena-mena haiwan itu menyambut salamnya dan terus duduk di samping pelakon itu serta memeluknya.

When bae trying to kiss ??

A post shared by @ ruhainies7 on


Bagaimanapun, video terbabit turut mendapat bantahan daripada beberapa pengguna media sosial yang menganggap aktiviti menggunakan orang utan atas tujuan komersial satu kesalahan.

"It’s animal abuse! Don’t support...This people are guardians who force and trained him to entertain people like you. If he will not he will get punishment.

"And all of his pain on souls less educated about animal abuse people. And what you do now is promoting this cruelty which at glance looks Fun and cute.

"Any of you guys can call to Sandakan Orangutan Sanctuary and ask them what they think about “Orangutan Muai Thai SHOW”, please be good to animals not use them for get portion of FUN," tulis @dreamvalleysurfer.