Selepas tular aksi tarian lentik seorang penari lelaki yang disifatkan mirip pengacara tersohor Datuk AC Mizal baru-baru ini, penganjur majlis berkenaan pula menerima tempias tidak molek daripada netizen.
BACA: "Huwaa Ini Bukan Saya, Lentik Saya Lain, Saya Tak Shave Tiak" - Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ramai Usik Datuk AC Ada 'Kembar'
Ada yang mendakwa tindakan mengundang penari yang terkinja-kinja pada majlis terbabit dilihat kurang sensitif dan tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang bertatasusila.
Mengulas mengenai kritikan tersebut, pengasas produk kecantikan Bleu, Ikmal Lee memberitahu tarian yang tular pada majlisnya baru-baru ini hanya bertujuan untuk hiburan semata-mata.
"Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya turut dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.
"Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.
"Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga jadi memang sesuailah dengan rentak lagu.
"Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?" katanya.
Difahamkan penari membuat persembahan berkenaan ketika majlis pelancaran produk krim kecantikan ‘The Bleu Whitening Creme’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Penari tersebut diundang mengiringi persembahan nyanyian oleh bintang Gegar Vaganza 7, Ayu Damit.
Sebelum ini tular rakaman video seorang penari lelaki dikatakan mirip pengacara AC Mizal membuat persembahan dengan tarian melentik-lentik dalam satu majlis baru-baru ini.
Selain mengundang lucu netizen, ada juga yang menyelar tindakan penganjur membawa penari menghiburkan tetamu dengan persembahan kurang sesuai untuk tontonan umum.
Justeru, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.
"Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.
"Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.
"Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa," ujarnya.
Amri Hassan
Thu Jan 13 2022
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.