Laman Utama
“Aku Akan Beli Sendiri..” - Khairul Aming Tolak Terima Makanan Percuma, Netizen Puji Inilah ‘Influencer’ Sebenar
Personaliti media sosial Khairul Aming menegaskan dia tidak akan menerima sebarang hadiah percuma atau promosi berbayar atas sebab-sebab tertentu.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, 29, memaklumkan perkara itu untuk tatapan umum.
Menurutnya, dia mendapat banyak tawaran untuk hadiah percuma serta promosi berbayar tetapi memohon maaf kerana tidak dapat menerimanya.
“BTW guys lately aku dapat banyak sangat DM untuk paid RT and free gift. Aku mintak maaf sangat-sangat aku tak terima paid RT atau free gift atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.
Kata pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu lagi, dia sendiri yang akan membeli makanan atau produk yang mahu dicubanya.
“Aku akan beli sendiri makanan atau produk untuk cuba dan kalau ok aku akan bagi free review secara ikhlas. sorry again guys,” katanya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji sikap jujur Khairul sebagai seorang ‘influencer’.
Di samping itu juga, dilihat ramai peniaga yang mempromosikan makanan masing-masing untuk menarik perhatian Khairul.
“inilah influencer yang baik. gunakan ‘power’ dia, review ikhlas, sellernya mesti beribu-ribu sold. alhamdulillah insyaAllah semakin bertambah-tambah rezeki KA,” puji seorang wargamaya.
“Kalau ada anugerah untuk belia contoh negara, aku akan calonkan dia,” kata seorang wargamaya.
“Harap terus maintain macam ni. So kami sebagai follower dapat feedback review yang jujur, bukan kerana dibayar. Nice Ming,” komen seorang wargamaya.
“Respect sebab jujur. Bila paid ni semua akan jadi sedap/okay/bagus. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Khairul Aming & penjual yang lain,” ujar seorang wargamaya.
“Bagus min min. Jgn jadi macam influencer lain. Review hanya sebab dibayar. Ingat netizen percaya ke review yang dibayar ni,” tulis seorang wargamaya.
Terdahulu, Khairul telah melakukan ulasan makanan percuma untuk scone dan kek batik Nutella yang dibelinya dan kemudian makanan tersebut laris terjual dalam masa kurang sehari.
Must-Watch Video