Skip to main content

Berita

“Sebelum Mata Tertutup Buat Selamanya…” - Video Lama Akhmal Asyraf Buat Isteri Tercinta Undang Sebak

“Sebelum Mata Tertutup Buat Selamanya…” - Video Lama Akhmal Asyraf Buat Isteri Tercinta Undang Sebak

Sekilas

  • Video lama Kapten AA bersama isteri ketika travel kembali tular selepas pemergiannya yang mengejutkan netizen.
  • Dalam video tersebut, Kapten AA berkongsi impian merakam memori bersama isteri sebagai kenangan sebelum meninggal dunia.
  • Akhmal Asyraf dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman akibat jangkitan paru-paru, dan berita itu disahkan oleh keluarganya serta rakan rapat.
Advertisement

Sebuah video lama yang dikongsikan pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA kembali mencuri perhatian netizen selepas pemergiannya.

Menerusi video yang dimuat naik pada Mei lalu, Akhmal berkongsi momen ketika mengembara bersama isteri tercinta yang sememangnya menjadi impiannya sejak sekian lama.

Advertisement

“Dah lama impian nak merakam memori bersama isteri ketika travel ni sebenarnya. Syukur pada Allah sebelum mata tertutup buat selamanya, ada juga karya yang dapat saya ukir sebagai ingatan.

“Satu cebisan kenangan yang menjadi saksi bahawa kami pernah berjalan dan ketawa bersama dalam mensyukuri nikmat Allah di bumi-Nya,” tulisnya.

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak membaca kembali kapsyen berkenaan yang disifatkan seolah-olah mempunyai maksud tersirat selepas pemergian Akhmal.

Advertisement

“Allahuakbar... AA seperti dah hint... 'Sebelum mata tertutup buat selamanya, ada juga karya yang dapat saya ukir sebagai ingatan.' Allahuakbar... Semoga Allah kurniakan AA syurga tertinggi. Berehat di taman syurga.

“May this beautiful love story continues till Jannah Ya Rabb.

“Ya Allah sedihnya. Dalam kata-kata seperti memberi tahu hari sedih itu ialah hari ini.

“Caption dia macam tahu-tahu je yang dia akan pergi.

“Al-Fatihah Capt AA, salam takziah buat isteri dan keluarga.

“Rahsia Tuhan. Semoga isteri dan keluarga tabah dalam menempuh hari-hari mendatang. You are a good person, Captain. Semoga syurga tempatmu.

“We've seen the world, through your lens. Terima kasih. Al-Fatihah Captain AA.

“Sedih... syurga untukmu Kapten AA. Karya terindah untuk isterinya yang tercinta," komen netizen.

Terdahulu, Akhmal Asyraf dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Berita pemergian Allahyarham disahkan keluarganya menerusi hantaran di platform Threads, sebelum turut dikongsikan rakan rapatnya, Saiful Nang.

Menurut beliau, Akhmal menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu Oman, selepas waktu Maghrib.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement