Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah Akui Emosi Turun Naik Sebelum Berkahwin, Tak Harap Kebaikan Dibalas - “Saya Bagi Ayah RM100, Kemudian…”

Bella Astillah Akui Emosi Turun Naik Sebelum Berkahwin, Tak Harap Kebaikan Dibalas - “Saya Bagi Ayah RM100, Kemudian…”

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi pengalaman emosi tidak menentu sebelum berkahwin dengan Syed Saddiq dan cara dia mengatasi tekanan dengan menangis dan beristighfar.
  • Dia percaya pada rezeki dan tidak mengharapkan balasan setiap kali melakukan kebaikan, seperti memberi sedekah RM100 sebelum menerima tawaran kerja bernilai RM100,000.
  • Bella dan Syed Saddiq telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Advertisement

Pelakon, Bella Astillah mengakui pernah melalui fasa emosi yang tidak menentu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian ketika siaran langsung di TikTok, Bella berkata dia akan mengambil masa untuk menangis setiap kali berdepan tekanan sebelum kembali menenangkan diri dan mengingati sang pencipta.

Advertisement

"Dulu sebelum saya berkahwin, saya juga seperti manusia biasa. Emosi pun turun naik. Bila saya burnout, saya akan cepat-cepat istighfar.

"Saya jenis kena menangis, baru rasa okey. Bila fikir, kita diberi kehidupan ini hanya sekali.

"Jadilah manusia yang baik dan percaya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Tak kisah kita pernah terluka atau tersakiti, jalani saja,” ujarnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Bella berkata dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan setiap kali melakukan kebaikan, sebaliknya dia percaya dengan rezeki Allah.

Misalnya, Bella menceritakan bagaimana dia pernah memberikan RM100 kepada bapanya untuk tujuan sedekah pada hari Jumaat sebelum menerima tawaran kerja bernilai RM100,000 beberapa jam kemudian.

"Banyak perkara yang saya lalui, tapi saya tidak pernah mengharap sesuatu yang baik akan datang pada saya.

"Contoh bila saya buat kebaikan, saya tak pernah terfikir saya akan dapat ganjaran daripada kebaikan itu.

"Pernah sekali ayah saya telefon untuk sedekah hari Jumaat. Saya bagi ayah RM100, dan beberapa jam selepas itu, saya dapat tawaran kerja bernilai RM100,000,” kongsinya.

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga dengan Syed Saddiq pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement