Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman sejak bergelar ibu.

Menurut Shakilla, dia terlampau sibuk menguruskan anaknya hingga tidak punyai masa yang cukup untuk menguruskan penampilannya sendiri.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Semalam bila Fizi (suaminya) cakap aku duduk rumah dah macam bibik, terasa pulak hati jantung aku.

"Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu, true, macam bibik malah lebih teruk dari bibik.

"Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup, sungguh," tulisnya sebagai kapsyen.

Mejengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan Shakilla menjaga anaknya dan turut berkongsi pengalaman mereka bergelar ibu.


#?• . Semalam bila Fizi cakap aku dok rumah dah macam bibik. Eh...terasa pulak hati jantung aku. . Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu. True. Macam bibik malah lebih teruk dari bibik. Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup. Sungguh. . Bukan tak nak berhias atau semenggah sikit kat rumah cuma kehidupan aku bertukar 360 darjah tibe2 lepas ada @ameenasofia_ ? . . Aku admit lah best ada ahli baru tapi untuk 2 bulan ni aku perhambakan diri untuk Ameena Sofia supaya aku betul2 kenal dia dan dia biasa dengan Aku & Fizi. . . So rutin biasa setiap 9 pagi aku berperang dengan Ameena. Bukan dia tak behave masa mandi tapi dia lupa dia baru sebulan , dia punya tendang,menyembang lagi dengan angkat kepala tu masayallah. Naik berketul bicep aku.? . . . Ameena nampak selesa lepak mandi dalam tub @aquascalemalaysia tu okayyyy....

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on


Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu.