Viral

"Aku Masih Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni Wujud" - Gadis Puji Ilmu Parenting Dr. Sheikh Muszaphar Dapat Kecaman Netizen...

gempak
Amri Hassan
06/08/2020
07:47 MYT
Sponsor Banner
"Aku Masih Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni Wujud" - Gadis Puji Ilmu Parenting Dr. Sheikh Muszaphar Dapat Kecaman Netizen...
Seorang pengguna media sosial Twitter, @dekyaa312 kecewa apabila informasi tentang ilmu keibubapaan yang dikongsikan daripada buku tulisan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendapat kecaman netizen.
Memetik tulisan Sheikh Muszaphar daripada bukunya My Way of Parenting, gadis berkenaan memuji cara figura terbabit membesarkan anak-anaknya.
"Aku masih lagi tak boleh brain lelaki macam ni wujud. Bayangkan 6 bulan pertama adalah fasa bonding penting ibu dan anak.
"Dr. Sheikh boleh risau jika tak dapat bonding tu, jadi dia ambbil tugas mandikan, tukar lampin, dodoikan dan coolkan bayi sampai tidur.
"Dan lagi best, isteri dia boleh tidur dengan lena, bagi dia dodoikan anak. Sebab dia nak bonding itu. Wow! Amazing husband and dad!" pujinya. Justeru, dia berkongsi pandangan bahawa setiap pasangan yang berumah tangga perlu tanamkan nilai give & take.
"Untuk bakal suami saya, tak perlu fotostat macam Dr. Sheikh pun. Asalkan tahu give and take cukup.
"Nak anak sama-sama, besarkan pun sama-samalah. Mungkin doktor ini lebih mengambil berat tentang anak-anak jadi memang sapu semua.
"Tak adalah suami main game, anak itu bini uruskan seorang diri," tambahnya.
Bagaimanapun, ciapannya itu mendapat bantahan daripada segelintir netizen yang menyifatkan tidak semua individu berkongsi cara 'parenting' di media sosial atau kepada orang ramai.
"Alhamdulillah ramai juga kata suami, bapa saudara, abang dan sebagainya macam Dr. Sheikh," ujarnya yang menyarankan agar membaca sendiri tulisan serta 30 tips parenting dari Dr. Sheikh Muszaphar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live