Kelmarin, pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin yang baru menjadi ayah lebih sebulan meninggal dunia secara mengejut ketika tidur.

Berita yang memilukan untuk keluarganya itu dikongsi di Instagram miliknya.

Baca: "Aku Kehilangan Adik Aku...Baru Jadi Ayah 37 Hari" - Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia

Dalam satu entri lain di Instagramnya itu, Yana Samsudin berkongsi cerita daripada Ustaz Faizal Khalid dari Badan Khairat Kematian, Bandar Setia Alam, yang menguruskan jenazah sebelum dibawa ke hospital.

"Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa Fadzil Zahari (suami Yana). Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku.

"Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 'Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya'," kongsi Ustaz Faizal.

Menurut Ustaz Faizal, arwah meninggal dalam tidur berseorangan di rumah ketika isterinya berpantang di kampung.

"Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.

"Tengok-tengok arwah dah terbaring kat atas katil. Baru-baru ni ada juga satu kes yang kami urus, meninggal macam ni," tulis Ustaz Faizal lagi.

Namun menurut Ustaz Faizal, kes yang yang berlaku pada arwah adik Yana agak berlainan sedikit. Suasana tidak seperti yang selalu mereka uruskan sebelum ini.

"Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih macam tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam.

"Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik!

"Masa tengah nak ambil kain batik untuk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah. Allah.



Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risaunya seorang isteri terhadap suami yang sedang berjauhan," tulis Ustaz Faizal.

Tambah Ustaz Faizal, dia mencapai kain batik dan beralih ke bahagian kepala arwah. Di situ dia melihat sepasang baju bayi di tepi bahu arwah.

"Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata-kata.

"Dengan bantuan jiran-jiran, arwah telah dibawa turun dari apartment dan selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Tak ada yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik!

Terima kasih semua yg hadir dan membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah," tulis Ustaz Faizal panjang lebar.

Repost--‎- ‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه. . Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa @fadzilzahari Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku. . Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 “Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya.” . Arwah meninggal dalam tidur. Sorg2 kat rumah. Isteri tengah dalam pantang kat kampung. Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.Tengok2 arwah dah terbaring kat atas katil. Baru2 ni ada juga 1 kes yang kami urus, meninggal macam ni. . Tapi, kes yang ni lain sikit. Suasana nya tu! ?Tak macam selalu yang kami uruskan sebelum2 ni. . Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih mcm tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam. . Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik! . Masa tengah nak ambil kain batik utk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah Allah. Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risau nya seorg isteri terhadap suami yang sedang berjauhan. ? . Aku capai kain batik, bila beralih ke bahagian kepala arwah baru aku perasan, ada sepasang baju baby kat tepi bahu arwah. Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. ? . Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata2. . Dgn bantuan jiran2, arwah telah dibawa turun dari apartment & selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Takde yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik! . Terima kasih semua yg hadir & membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah. . Aku X pernah kenal pon arwah ni. Tapi aku yakin, arwah merupakan org yang baik sepanjang hayat nya. . Salam takziah buat isteri arwah & keluarga Yana Samsudin. . Ustaz @faizal.khalid_ Badan Khairat Kematian, Bandar Setia Alam

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Menurut Ustaz Faizal lagi, dia tidak pernah mengenali arwah tetapi dia yakin arwah merupakan orang yang baik sepanjang hayatnya.

Ustaz Faizal turut mengucapkan salam takziah buat isteri arwah dan juga keluarga Yana Samsudin.