gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nak Pakai Duit Segera, Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak RM18,000 - “Saya Bukanlah Seorang Yang Suka…”
HIBURAN
Jofliam & Dewi Bercuti, ‘Glamping’ Mewah Di Sebelah Hutan Misteri Aokigahara, Jepun – “So far, Tak Ada Hantu Pun”
HIBURAN
“Tak Pernah Komen Politik” – Dafi Tak Terjejas Isu Libatkan Bapa, Fokus Pada Karier Sendiri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Aku Tagih Hak Saja Daripada Manusia Munafik" - Fara Salleh

Amri Hassan
Amri Hassan
10/07/2025
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Aku Tagih Hak Saja Daripada Manusia Munafik" - Fara Salleh
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh terus memberikan kenyataan demi kenyataan di Instagram Stories miliknya.
Terbaharu, Fara menegaskan bahawa dirinya tidak pernah mendakwa sebagai seorang yang baik serta tidak memerlukan simpati atau wang daripada sesiapa.
Dalam hantaran panjang yang dipercayai merujuk kepada konflik peribadi yang sedang hangat diperkatakan, Fara menjelaskan bahawa dia hanya menuntut satu perkara iaitu maruah.
“Aku tak pernah claim diri aku baik, aku tak pernah tunjuk atau buktikan pada orang yang diri aku baik. Dan percayalah aku bukan baik. Ini aku, so what? Get a life guys.
"Aku tak minta simpati orang. Aku tak minta duit orang. Aku tagih hak sahaja dari manusia munafik. Dan hak yang aku tagih bukanlah wang ringgit. Tapi maruah Elaine Nada. Sebab cara baik dah guna sehabis baik,” tulisnya.
Fara mengakui bahawa tindakan terbarunya mungkin kelihatan keterlaluan bagi sesetengah pihak, namun menegaskan bahawa pendekatan secara baik sudah tidak lagi berkesan.
“So ini cara aku untuk masa sekarang… rimas? Menyampah? Aku tak suruh tengok," tambahnya.
Fara pernah menyuarakan amaran sebelum ini dan akan terus menuntut hak selagi perkara tersebut belum diselesaikan.
“Kalau aku selamat bersalin, manusia munafik ni akan hadap aku lagi. Dan aku keep tagih sampai selesai urusan ini.
“Doakan aku berjaya jadi ibu dan bapa buat anak aku.”
“Pada yang keji mencaci mengumpat aku… terima kasih. Semoga berbalik kata-kata kesat dan tak baik pada diri kalian dan keturunan kalian. Amin," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pelawak
#Kontroversi
#Munafik
#Shuk Sahar
#Fara Salleh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement