Laman Utama

“Aku Tak Pernah Marah Atau Berdendam..”- Sherry Alhadad Dedah Pernah Kena Gelak Masuk Akademi Seni Untuk Jadi Pelakon

gempak
Syafiqah Jalal
04/07/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
“Aku Tak Pernah Marah Atau Berdendam..”- Sherry Alhadad Dedah Pernah Kena Gelak Masuk Akademi Seni Untuk Jadi Pelakon
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad mendedahkan dia pernah ditertawakan hanya kerana membuat keputusan menyambung pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sherry memberitahu ramai yang terkejut hanya kerana mahu jadi pelakon dia perlu mengikuti pengajiran sehingga tiga tahun dan dianggap membuang masa.
“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan. Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil diploma teater.
“Kebanyakkannya akan gelak dan kata “nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? Buang masa je, mereka gelak,” katanya.
Sherry berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto imbau Kembali ketika beraksi di pentas teater.
Meskipun kata-kata yang diterima seolah-olah memperlekehkan usahanya, namun Sherry memberitahu dia tidak pernah marah atau menyimpan dendam.
“Tapi aku tak pernah pun marah atau berdendam dengan mereka. Pendapat orang memang akan berbeza beza.
“Selama 3 tahun aku menuntut ilmu di situ, aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi manusia.
“Aku belajar untuk memahami maksud tersirat dan tersurat, belajar untuk menjadi orang yang mempunyai empati, belajar untuk menghormati orang lain, memberi dan menerima dan banyak lagi. Sedar diri, sedar masa, sedar ruang. Teater itu sendiri memanusiakan manusia,” luahnya.
Sherry memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater dan kemudian mula mebintngai drama dan filem sehingga kini banyak mengacara program-program hiburan terbaharu Now All Together Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live