Berita
“Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Kadi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah...”- PU Abu
Selepas bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain ‘Afini Latif mendedahkan wajah anak sulungnya, kini giliran penceramah bebas itu pula melakukan perkara yang sama.
Menerusi akaun Instagram miliknya, PU Abu memuat naik foto wajah bayinya itu.
Dalam kapsyennya, PU Abu memberithau anaknya comel tetapi dalam masa yang sama, PU Abu bergurau dengan seolah-olah mengeluh dengan namanya yang dikatakan panjang.
Sempat berseloroh, PU Abu juga mengatakan nama anaknya pasti sukar untuk disebut jurunikah atau tok kadi kelak bila berkahwin.
“Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan
”Dah lah comel,nama panjang pula tu.
“Aku tak tahu macam mana Tok Kadi nak sebut nama dia nanti time nikah,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian netizen.
Biarpun kapsyen yang ditulis hanya sekadar gurauan, ada netizen yang mengambil serius perkara terbabit dan mengecam PU Abu.
“Geram pula aku, ni mesti ex-wife kasi nama anak lepastu dia perli...” kata salah seorang netizen.
“Anak sendiri pun perlu, apa punya bapak,” kecam lagi salah seorang pengikutnya.
Sementara itu, terdapat netizen yang sengaja memerli PU Abu kembali kerana didakwa berbicara tentang nikah terlalu awal sedankan anaknya masih kecil.
“Harap dia nikah sekali je, tak ada cerai-cerai macam...” komen seorang netizen yang membiarkan ayatnya tergantung.
“Awal lagi fikir pasal tok kadi sebut nama nak nikah, fikirkan masa hadapan baby tu, untung baby ada ibu yang kuat,” luah salah seorang pengikutnya.
Terdahulu, PU Abu menceraikan Ain kerana bekas isterinya mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.
Must-Watch Video