Laman Utama

“Aku Udah Gak Sama Sarah Lagi…” – Tegar Septian Umum Bercerai

gempak
Shahrin Zulkifle
28/06/2022
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Aku Udah Gak Sama Sarah Lagi…” – Tegar Septian Umum Bercerai
Selepas hampir tiga tahun mengecapi kebahagian dalam berumah tangga, penyanyi Tegar Septian, 22, mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sarah Sheilka.
Berita sedih itu telah dimaklumkan sendiri oleh pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menerusi hantaran di Ig Story miliknya petang tadi.
Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, bagaimanapun hanya memberitahu terlalu banyak masalah yang dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.
"Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.
"Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan," katanya.
Pemenang tempat kelima rancangan nyanyian program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.
Menerusi hantaran itu, dilihat punca penceraian disebabkan masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga memberi kesan kepada fizikal badannya menjadi kurus akibat terlalu tertekan.
"Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.
"Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan," tulisnya.
Untuk rekod, Tegar Septian dan Sarah Sheilka telah selamat diijab kabulkan pada Mac 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live