Berita
“Ala-Ala The Rock Zaman Muda…”- Zizan Razak Potong Rambut Sendiri
Pelawak Zizan Razak memotong rambutnya sendiri berikutan perkhidmatan kedai gunting rambut yang ditutup sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.
Menurut Zizan, dia memotong rambutnya kerana bosan di rumah selepas lebih sebulan menjalani tempoh PKP.
“Bila tak ada kerja, potong sendiri rambut. Jadi ini result dia. Ala- ala The Rock zaman muda. Ada yang kata macam budak skin head.
“Itu tak kisahlah janji wanita-wanita di luar sana tahu yang Abang Zan ada bakat gunting rambut, jadi senanglah untuk anak kita nanti tak perlu pergi barber,” tulisnya.
Zizan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya dengan rambut ‘baru’ itu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai pandangan.
Ternyata inisiatif Zizan itu turut mendapat pujian peminatnya.
Sejak PKP yang dilaksanakan, banyak premis perkhidmatan tidak dibenarkan beroperasi bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Must-Watch Video