ARTIS KOREA
Alahai Cairnya Bila Park Bogum Menyanyi Lagu Belaian Jiwa, Sam Innuendo Pun Setuju!
Peminat masih lagi tidak dapat melupakan kenangan terindah bersama pelakon Korea, Park Bogum sewaktu hadir ke Malaysia tahun lalu.
Lebih-lebih lagi apabila persembahan istimewa Bogum telah berjaya menambat hati peminatnya.
Bogum telah mendendangkan lagu lagenda, Belaian Jiwa yang diterbitkan pada tahun 1997 dan nyanyian asal kumpulan Innuendo.
Siapa sangka, Bogum mampu menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Malah setiap patah perkataan yang disebut juga sangat jelas dan lancar.
Video tersebut telah dimuat naik oleh instagram @k_popped dan dikongsi kembali oleh Sam Innuendo menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Terdahulu, Bogum telah hadir ke Malaysia untuk menjayakan siri jelajah Park Bo Gum Asia Tour di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2019.
Must-Watch Video