Pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi beberapa keping foto anak sulungnya yang dilahirkan pada 1 Disember 2018.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG), Elvina berkongsi secara rasmi kepada orang ramai wajah anak sulungnya yang diberi nama Karl Mateen.

"My chunky baby @karl_mateen. #haniffXelvinaJr #karlmateen #myprecious," tulisnya ringkas.

Rata-rata memuji kecomelan yang ada pada Karl Mateen dan berharap agar dia membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

Elvina berkahwin dengan suaminya, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Elvina selamat melahirkan Karl Mateen secara normal pada 1 Disember 2018 pukul 12.30 tengah hari dengan berat 2.9 kilogram.

Berikut merupakan foto yang dikongsikan oleh Elvina:

My chunky baby @karl_mateen ?. #haniffXelvinaJr #karlmateen #myprecious

A post shared by A Little Lady ? (@elvinamohamad) on