Gaya Hidup
Alamak! Ini Rupanya Kalau Lelaki Sado Pakai Baju Kelawar
Pernah tak terbayang lelaki berbadan sasa menyarung pakaian tidur wanita atau baju kelawar?
Kini anda boleh melihat situasi terbabit apabila seorang pemuda, Afiq Iskandar menyahut cabaran berkenaan di platform Twitter.
"2,000 retweet aku pakai baju kelawar mak aku," katanya di Twitter.
Rentetan daripada itu, posting berkenaan telah diulang kicau enam kali ganda iaitu melebihi 12,000 kali, sekali gus memaksa Afiq mengotakan janjinya.2k rt aku pakai baju kelawar mak aku https://t.co/YdkczxJgTi— telur segar (@theafiqiskandar) June 25, 2019
Afiq kemudian memuat naik beberapa gambar menyaksikan dia menyarung baju kelawar sambil memakai bedak sejuk di mukanya.
"Ha amik kau sekali bedak sejuk dengan anak tudung mak aku letak," katanya.
Gambar berkenaan kemudian telah diulang kicau sebanyak 3,172 kali.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Afiq yang berani memakai baju kelawar serta memakai bedak sejuk.Ha amik kau sekali bedak sejuk dengan anak tudung mak aku letak hahahahajajajajajajahahahaha aku nak deactive twitter hm HAAAAA SAPA BERANI NAK MELAWAN MAK HAAAAAAAAA??????????? pic.twitter.com/aLO9S5x3fH— telur segar (@theafiqiskandar) June 25, 2019
Ini antara reaksi dan komen mereka.
Mak ke tlg ambikkan gambar ?— Maya (@therafidah) June 25, 2019
make my day duh kau ni HAHAHAHHHAHAHAHAHAHA ??— アイダ (@aidashda) June 25, 2019
Must-Watch Video