Penampilan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea yang kini sedang berbulan madu di Turki menjadi perhatian netizen.

Ini kerana baju-baju digayakan ketika melancong dikatakan kurang bersesuaian dengan imej Sofea yang bertudung.

Netizen menyatakan Sofea tidak sepatutnya menyarungkan pakaian yang terlalu ketat dan kelihatan seksi sehingga melekap di bahagian badannya kerana kurang manis bagi wanita berhijab.

Malah foto terbaharu yang merakamkan Sofea memakai pakaian serba putih juga mengundang rasa kurang senang netizen.

Bagaimanapun Sofea telah pun menutup ruangan komen di photo berkenaan.

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Terdahulu, Sofea sebelum ini pernah ditegur netizen supaya melabuhkan tudungnya sehingga menutupi bahagian dada.