Penyanyi Camila Cabello dikejarkan ke hospital selepas hadir pada Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMAs 2018) yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Camila dilaporkan mengalami kepenatan dan tidak mendapat rehat yang cukup selepas mengadakan persembahan.

"Camila mengalami demam panas dan mengalami keletihan melampau disebabkan sibuk melakukan persembahan.

"Dia terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya kini stabil.

"Camila juga harus membatalkan hasrat untuk melakukan kemunculan sebagai penyanyi pembukaan konsert Taylor Swift di Seattle," kata sember.

Dalam pada itu, menerusi Twitter Camila berharap agar peminatnya tidak risau dengan keadaan dirinya dan dia berjanji untuk menjaga kesihatannya selepas ini.

Sumber: Daily Mail

Susunan: Rozaimi Zubaidi