Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Alami Lebam Satu Badan, Marsha Milan Kongsi Cabaran Jayakan Watak Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Saya Juga Terpaksa…”

Khairil Khusyairi
28/10/2024 05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi cabaran ketika menjayakan watak sebagai Datin Azizah dalam filem Don Dukun.

Lebam Satu Badan

Menurut Marsha, dia mengalami lebam di seluruh badan gara-gara menjayakan satu babak yang memerlukan dia ‘diangkat’ selama dua hari.

“Saya juga terpaksa ‘rigging’ selama dua hari. Habis semua satu badan.

“Mujur saya dah pernah lakon babak diangkat sebelum ini, ia tidak asing cuma berada dalam situasi itu selama dua hari itu adalah sukar.

“Memang lebam satu badan, tapi syukur dipermudahkan,” kongsinya.

Sinopsis Don Dukun

Don Arif merupakan seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.

Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.

Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.

Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.

Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.

Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.

Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bromance' Terbaik Dalam Malaysia… Ini Filem-Filem Zul Ariffin Bersama Aktor Hebat Lain Paling Onz Abad Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

#Filem #Zul Ariffin #Datuk Yusof Haslam #Marsha Milan #Ropie #Cabaran #Lebam #Don Dukun
;