Laman Utama

Alami Masalah Penghadaman, Izreen Azminda Minta Bantuan Kongsi Petua - "Kena Minum Nescafe Baru Okey Tapi Risau ..."

gempak
Zulaikha Yusof
04/06/2021
09:00 MYT
Sponsor Banner
Alami Masalah Penghadaman, Izreen Azminda Minta Bantuan Kongsi Petua - "Kena Minum Nescafe Baru Okey Tapi Risau ..."
Umum tahu pelakon Izreen Azminda, 36, kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah memasuki bulan keenam.
Kongsi perkembangan terkini, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam menyatakan dia sedang mengalami masalah sistem penghadaman.
Katanya, dia sudah mencuba pelbagai cara namun tetap tidak berhasil.
"Sekarang dah kembang semangkuk.. risau kadang-kadang kaki bengkak, surut, bengkak, surut. Jangan dok buat pasal.
"Siapa ada masalah sistem penghadaman habaq (bagitau) mai sat.. sebab apa.
"Kami memang cukup susah nak membuang. Minum vitagen tak jalan, makan buah pun tak lut (menjadi)," tulisnya di Instagram (IG).
Malah, pelakon drama Kak Marr Raya turut meluahkan rasa risau apabila terpaksa mengambil minuman kafaein untuk menyelesaikan masalah itu.
"Kena minum Nescafe baru okey. Haish tapi risau la juga sebab Nescafe kan tak elok.
"Ada apa-apa petua lagi ka ampa? Pening dah kami," tulisnya lagi.
Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemain muzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara, Selangor.
Hasil perkahwinan, Izreen dan Ude dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 8.
Manakala Ude menerusi perkahwinan pertamanya bersama Intan Liana Saleh dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 6, dan Ariq Muqri, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live