Berita

Alami Sakit Belakang & Tengkuk, Rosmah Mansur Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
04/02/2020
09:51 MYT
Sponsor Banner
Alami Sakit Belakang & Tengkuk, Rosmah Mansur Dimasukkan Ke Hospital
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan dimasukkan ke hospital lewat malam tadi selepas mengalami sakit belakang dan tengkuk yang serius.
Menurut Astro Awani, Rosmah dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan susulan kesakitan yang ditanggungnya.
Media-media tempatan melaporkan, Rosmah ditemani suaminya ke hospital berkenaan sekitar pukul 10.30 malam. Kesakitan yang dialami menyebabkan Rosmah tidak boleh duduk lama dan beliau dilaporkan menjalani rawatan lanjut pagi ini.
Pada Isnin, perbicaraan hari pertama kes rasuah melibatkan Rosmah terpaksa ditangguhkan atas alasan tidak sihat.
Perbicaraan akan bermula pada hari Rabu ini pada pukul 10 pagi.
Datuk Seri Jagjit Singh yang mewakili Rosmah memaklumkan kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir untuk perbicaraan ini.
"Tertuduh tidak sihat. Kami telah serahkan salinan laporan kesihatan bertarikh 2 Februari kepada Yang Arif," katanya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live