Viral
Alangkah Teruknya Kita Ketawakan Usaha Beliau Menyampaikan Mesej Kepada Golongan istimewa!
Akhir-akhir ini wajah Jurubahasa Isyarat Tan Lee Bee, tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp kerana memek mukanya yang dipersendakan netizen.
Tindakan tidak wajar netizen telah menarik perhatian seorang guru, Mohd Fadhli Salleh berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Facebooknya.
Menurut Mohd Fadhli, tindakan mentertawakan Tan Lee Bee tidak wajar dilakukan kerana beliau sedang menyampaikan mesej penting kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Tanggungjawab dan peranan Tan Lee Bee sangat besar dan kita, sedang mentertawakan usaha murni beliau.
“Alangkah teruknya kita mentertawa usaha beliau menyampaikan mesej kepada golongan istimewa.
“Kawan, usah lagi persendakan benda begini. Sekali imbas, ia memang kelakar. Namun sebenarnya tidak.
“Ia menjatuhkan maruah, memalukan bahkan satu penghinaan. Yang terlepas share, yang terlepas mempersenda dan membuat gurauan, hentikan segera.
“Insan ini baktinya sangat banyak dan besar buat kawan-kawan kita yang pekak dan bisu,” katanya.
Mohd Fadhli berkata, pada mulanya dia turut tertawa selepas menerima kiriman foto Tan Lee Bee di grup Whatsapp.
Namun selepas ditegur isterinya yang juga seorang guru Pendidikan Khasi, dia mulai sedar tindakannya salah.
“Ada orang share gambar ni dalam group wasap. Tergelak aku. Lantas aku tunjukkan pada puan isteri aku.
"Awak. Tengok ni."
"Eh, tak baiknya ambil gambar gitu lepas tu pakat share dan gelakkan. Bahasa isyarat ni sangat penting buat mereka yang pekak dan bisu.
“Ekspresi dan mimik muka memainkan peranan penting dalam menyampaikan setiap mesej. Ia bukan untuk dipersendakan. Saya tahulah, saya guru pendidikan khas," kata isterinya.
Dalam pada itu, Mohd Fadhli menasihati orang ramai agar berhenti mempersendakan perkara sedemikian kerana ia tidak lucu.
“Istighfar banyak-banyak. Moga Allah ampunkan dosa kita. Tanpa sedar kita melukakan hati banyak pihak dan senda gurauan yang kita rasa normal dan tiada apa-apa.
“Hentikanlah ya. Kita yang normal serta cukup sifat ini takkan terasa betapa pentingnya insan seperti itu.
“Jika kita atau orang terdekat kita ada yang pekak dan bisu, baru kita sangat menghargai dan menyanjungi pembaca berita yang menggunakan bahasa isyarat ini.
“Kadang, tanpa niat dan tanpa sengaja kita telah pun melukakan. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan merahmati insan yang begitu banyak jasa itu,” tulisnya.
Siapakah Tan Lee Bee yang sering diketawakan bermain TikTok disebelah Perdana Menteri?
Beliau ialah Jurubahasa isyarat yang berkhidmat lebih 25 tahun di RTM yang memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986.
Tan Lee Bee juga kerap muncul dalam siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi segmen Nasional 8, di bahagian bawah sudut kanan skrin sebagai jurubahasa isyarat.
Meskipun hanya muncul di sudut kanan televisyen, peranannya amat penting dalam memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti pekak dan bisu memahami mesej yang disampaikan serta perkembangan semasa lain.
Siapakah Tan Lee Bee yang sering diketawakan bermain TikTok disebelah Perdana Menteri? Jurubahasa isyarat yang berkhidmat lebih 25 tahun di RTM, Lee Bee memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986. pic.twitter.com/vt5shPwiVE— Isskandar #StayAtHome ?? (@IsskndarAriffin) May 12, 2020
Must-Watch Video