,
Laman Utama

“Alhamdulillah, Baby Belum Lahir Tapi Sudah Ada ‘Endorsement’…” – Rezeki ‘Baby Girl’ Ayda Jebat & Nabil Mahir

Fiza Kamarudin
28/08/2021
03:40 MYT
Rasanya ramai yang usah tahu pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Ayda dan Nabil berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka itu menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show.
Menerusi video tersebut pasangan sama cantik sama padan itu membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.
Malah, Ayda turut berkongsi berita gembira bersama rakan media menerusi majlis santai secara virtual ‘Little Munchkin Session di aplikasi Zoom, malam tadi (Jumaat).
Berkongsi perasaan teruja bakal menimang cahaya mata pada hujung September ini, Ayda dan Nabil turu menitip rasa syukur kepada Illahi di atas rezeki yang telah dikurniakan Illahi buat mereka.
“Bersyukur kepada Allah di atas rezeki kurniaanNYA ini. Jika ditanya tentang perasaan ketika ini tentunya gembira, teruja, berdebar dan semuanya bercampur baur.
“Kami cuma berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Nabil.
Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Dalam pada itu menjawab soalan media mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan, Ayda sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa ‘tawaran’ (endorsement) buat anak mereka.
“Alhamdulillah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia.
“Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah.
“Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur ya Allah,” katanya.
Terdahulu, Ayda Jebat lebih awal sudah mendedahkan memilih kaedah pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya menerusi #G The Untold Story.
Ayda yang kami pilih menghiasi edisi cover bulan Ogos, berkongsi pelbagai cerita mengenai suka-duka dilalui sepanjang kehamilannya.
[[BACA: #G The Untold Story: Dua Bulan Lagi Bergelar Ibu, Ayda Jebat Pilih Melahirkan Secara Pembedahan]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Hiburan

Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Cik Epal Cari Rumah Dekat Dengan Bekas Suami - “Senang Gilir Jaga, Asal Anak Bahagia Walau Aku Dibuang…”

gempak
11/11/2024
23:55 MYT
Pempengaruh Cik Epal meluahkan rasa syukur selepas hak penjagaan anaknya iaitu Han dan Yuki, diberikan sepenuhnya kepada dia selaku ibu.
Unitar