Laman Utama

“Alhamdulillah Dah Boleh Tidur Di Rumah Sebab Dah Bersih…” – Yantzen

gempak
Fiza Kamarudin
25/12/2021
03:10 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah Dah Boleh Tidur Di Rumah Sebab Dah Bersih…” – Yantzen
Penyanyi rock, Yantzen mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya sudah boleh pulang ke rumah selepas dua hari berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Yantzen berkata, dia melakukan kerja-kerja pembersihan bersama anak, kawan-kawan dan jiran.
"Selepas dua malam tidur di PPS mereka maklumkan air sudah surut dan boleh pulang ke rumah. Kami mula menjalankan kerja-kerja pembersihan.
“Sekarang saya dah boleh di rumah sebab dah bersih. Bekalan elektrik pun dah ada secara berperingkat mengikut kawasan.
“Terima kasih kepada semua yang membantu saya membersihkan rumah,” katanya yang kini berada di Terengganu melakukan kerja amal.
Tambah Yantzen, hampir kesemua barangan rumahnya rosak kerana ditenggelami air.
“Hampir semuanya rosak dan dan tak boleh digunakan lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya terima semuanya dengan reda.
“Saya juga tidak akan berpindah dari sini,” katanya.
Sebelum ini, Yantzen, dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (SKSS), Hulu Langat apabila kediamannya dinaiki air paras bumbung.
Air yang naik mendadak menyebabkan Yantzen terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.
Yantzen tinggal bersendirian di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat selamatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) selepas satu hari bermalam di atas bumbung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024