HIBURAN
“Alhamdulillah, Hello Korea” – Kim Seri Tayang Sijil Tiada Rekod Jenayah
Pempengaruh kontroversi, Kim Seri mencuri perhatian apabila berkongsi sijil Certificate of Good Conduct yang dikeluarkan kerajaan Malaysia menerusi hantaran di Instagram Story, semalam.
Menerusi hantaran tersebut, dokumen itu menunjukkan pemilik nama sebenar Seri Azlina Mohamed Sani, tiada rekod jenayah di Malaysia.
“Alhamdulillah. Hello Korea,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, sijil berkenaan adalah khusus untuk kegunaan di Republik Korea.
Perkongsian itu dipercayai sebagai respons terhadap dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia tidak akan melepasi proses permohonan status Penduduk Tetap (PR) Korea Selatan kerana perlu melalui semakan rekod jenayah.
Terdahulu, nama Kim Seri pernah menjadi bualan hangat pada tahun lalu selepas didakwa terlibat dalam penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Menurut laporan media, lebih 20 laporan polis dibuat dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah hampir RM500,000.
Mangsa mendakwa perkhidmatan yang dijanjikan tidak dipenuhi, termasuk tiket penerbangan dan penginapan yang tidak seperti dipromosikan.
Susulan itu, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan secara berperingkat.
Must-Watch Video