Pelakon Ashraf Muslim bersyukur apabila dijemput untuk membawa deligasi Malaysia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial Instagram (IG), Ashraf berkata kumpulannya merupakan yang pertama dari Malaysia untuk melalukan ibadah tersebut.

Tambah Ashraf lagi, umrah akan berjalan mengikut Prosedur Operasi Stadard (SOP) baharu yang telah ditetapkan.

“Assalamulaikum, pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yang mengenali saya.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi ‘Dhuyuf Al Rahman’ untuk ke tanah suci Allah SWT.

“Di mana menjadi team pertama dari Malaysia yang membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yang baru.

“Allahuakbar, besar betul kuasa Allah…Tiada kata yang boleh terucap dengan Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH!

“Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.

“Ya Allah, rasa macam tak percaya…Ya Allah…Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan menunaikan umrah dan melawat Masjidilharam dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa 10 Oktober lalu.

Kementerian itu juga membenarkan mereka yang disahkan diberi pengecualian daripada mengambil vaksin mengikut aplikasi Tawakkalna, juga dibenarkan melawat dua masjid suci di Makkah dan Madinah.

Peraturan baharu yang berkuatkuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus COVID-19 termasuk varian Delta, lapor agensi berita ArabNews.

Sementara itu Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membuka pintu sempadan untuk rakyat mengerjakan umrah.