Laman Utama
“Alhamdulillah, One Step Closer…” – Abdul Latif Bertunang Dengan Kawan Sekolah
Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly, 24, telah berkongsi foto pertunangannya menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Abdul Latif turut meluahkan rasa cinta kepada tunangnya serta menyatakan mereka sudah melangkah setapak lagi ke depan.
“Alhamdulillah, first step close. I love you @nabersss,” tulis Abdul Latif.
Advertisement
Majlis pertunangan Abdul Latif dengan seorang guru dikenali sebagai Nabila Farhana itu telah berlangsung di Kangar, Perlis pada Sabtu lalu.
Abdul Latif sudah mengenali tunangnya itu sejak di zaman sekolah, Ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Kangar.
Menerusi hantaran dimuat naik Abdul Latif, penyumbang pingat emas negara pada Sukan Paralimpik 2020 Tokyo itu turut menanda nama Nabila yang menggunakan nama @naberss di aplikasi tersebut.
Sementara itu tinjauan Gempak di ruangan komen mendapati ramai rakan-rakan atlet turut mengucapkan tahniah kepada Abdul Latif.
Terdahulu, media pernah melaporkan berita mengenai Abdul Latif sudah mempunyai pilihan hati dan merancang mendirikan rumah tangga pada 2025.
Malah, Ibunya, Salmah Yatim, 64, turut berkata kepada media anak bongsu dari tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.
Must-Watch Video