Laman Utama
“Alhamdulillah Rezeki Selepas Beberapa Kali Tertunda Kerana Pandemik…” – Ayu Damit Sudah Tiba Di Mekah
Penyanyi Ayu Damit memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya hajat untuk menunaikan umrah tercapai selepas beberapa kali tertunda akibat pandemik COVID-19.
Ayu berkata, walaupun pernah mengerjakan umrah pada 2016 namun peluang kedua yang datang ini tidak mungkin akan ditolak.
Apatah lagi perancangan untuk memijakkan kaki ke tanah suci beberapa kali tertunda akibat pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah.. Saya sekali lagi dijemput Allah ke Mekah. Saya anggap ini rezeki setelah beberapa kali tertunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali umrah ini ditunda.
“Apabila diberitahu pihak agensi Mahsuri Travel sudah dapat tarikh tetap menunaikan umrah, saya sangat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan COVID-19, syukur sangat saya negatif,” katanya.
Bagaimanapun kata Ayu, suaminya Syed Pogi tidak ikut serta kali ini kerana kesihatan bapanya tidak mengizinkan.
“Suami saya tidak dapat bersama kerana dia perlu menjaga bapanya yang kurang sihat dan kebetulan juga kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil.
“Jadi, dia perlu memberikan perhatian kepada kedua-duanya. Tetapi apabila saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah, suami beri keizinan,” katanya.
Dalam pada itu, Ayu berkata dia juga terpaksa membatalkan beberapa persembahan yang telah dipersetujui awal.
“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama. Saya tidak ralat kerana saya yakin pasti ada rezeki buat saya nanti,” katanya.
Ayu berangkat ke Mekah pada malam semalam (Ahad) dan dijangka menunaikan umrah selama 10 hari bermula 21 Februari (hari ini).
.
Must-Watch Video