gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Jangan Ingat Saya Pakai Selipar RM15, Baju RM10, Awak Ingat…” - Prince Syed Terkilan Terima Layanan Buruk Di Sebuah Kedai
HIBURAN
Darian Aledra Enggan Layan Mesej Lucah Daripada Peminat - "Selalunya Datang Dari Jantina Yang Sama"
HIBURAN
Netizen Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji - “Selamat Datang Princess Disney”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Alhamdulillah, Syaikhul & Sumayyah Baik” - Puteri Sarah Syukur Anak-Anak Senang Jaga Di Makkah

gempak
Mya Amri
24/04/2022
22:28 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah, Syaikhul & Sumayyah Baik” - Puteri Sarah Syukur Anak-Anak Senang Jaga Di Makkah
Pelakon Puteri Sarah memanjatkan rasa syukur kerana mampu menguruskan kedua anak-anaknya dengan baik tanpa sebarang masalah di tanah suci Makkah.
Biarpun tanpa kehadiran suaminya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusuf di sisi namun perkara itu tidak menghalang Sarah untuk menyempurnakan ibadah dan segalanya dipermudahkan Allah S.W.T.
“Saya menjadi ibu yang paling bangga kepada dua anak ini. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“Pada mulanya saya benar-benar takut, macam-macam fikir nak bawa dua anak yang aktif melalui perjalanan jauh. Boleh jaga ke ni? Anak-anak nanti berkelakuan baik tak?
“Alhamdulillah, saya kata pada diri tak apa pergi sahaja Sarah. Allah akan permudahkan urusan nanti. Takut ke, susah nak jaga ke tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat-sangat.
“Syukur, Syaikhul dan Sumayyah berkelakuan baik. Anak-anak yang dengar kata tak banyak songeh. Syaikhul pun ada geng dekat sini.
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak-anak di sini," kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)
Terdahulu, Sarah dan kedua-dua anak kesayangannya berlepas ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah Khamis lalu.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.
BACA: “Saya Doakan Ira Kazar & Suami Saya Diberi Hidayah” - Puteri Sarah Mengamuk, Anak Kazar Masih Ganggu Rumah Tangga
Bagaimanapun sebelum berlepas ke Makkah, kisah rumah tangga Sarah menjadi perbualan hangat netizen apabila anak kepada pelakon, Kazar iaitu Ira Kazar didakwa mengacau rumah tangga mereka.
Topic Berkaitan
#Puteri Sarah
#Umrah
#Makkah
#Tanah suci
#Anak Puteri Sarah
Must-Watch Video