Sambil berhibur menyaksikan persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), penonton juga berpeluang menonton jenaka peserta ini dalam Game Show Adabi Flamitoz.

Dalam episod pertama Adabi Flamitoz MLM 2018 mempersembahkan jenaka antara dua peserta MLM 2018 iaitu Ali dari kumpulan Puteh bersama pelawak kumpulan Joras, Joey Daud.

Menariknya, video aksi mereka berdua ini dirakam di belakang pentas MLM 2018 yang turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram, Astro Gempak.

Selebriti, Issey Fazlisham mengajak Ali bersama Joey untuk menyertai satu permainan iaitu Shake the bottle baby.

Dalam cabaran itu, Ali dan Joey diminta memasukkan coklat dari satu botol ke dalam botol lain. Siapa yang cepat dikira sebagai pemenang.

Nak tahu siapa yang menang, penonton MLM 2018 boleh menyaksikan video ini di www.maharajalawakmega.com.my.



Bersama hashtag hashtag #MakanPastiSyok, snek berasaskan jagung keluaran Adabi Snack Food Sdn Bhd di bawah jenama Flamitoz sudah berada di pasaran bersama tiga jenis perasa iaitu Cheezt Blast (Keju), Chicky Boom (Ayam) dan BBQ Explosion (BBQ).

Apa yang syok, Snek Flamitoz ini juga dipanggang (tidak digoreng), tiada kolestrol, tiada ‘trans-fat’ malah mempunyai citarasa snek yang sempurna, sedap dan rangup dengan keunikan rupabentuk ‘zigzag’ membolehkan ianya dinikmati oleh semua lapisan penggemar snek pada bila-bila masa di mana jua.

Snek Flamitoz adalah produk Halal, keluaran Bumiputera dengan jangka hayat selama 12 bulan yang boleh dibeli di pasaraya, kedai runcit dan juga di rangkaian stesen minyak seluruh negara pada harga yang berpatutan.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi