Laman Utama

Alif Hadi Sedang Kenali Hati Budi Yasmin Hani - “Berilah Peluang Kami Kenal Dahulu…”

gempak
Izwan Isa
10/04/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Alif Hadi Sedang Kenali Hati Budi Yasmin Hani - “Berilah Peluang Kami Kenal Dahulu…”
Pelakon Alif Hadi akhirnya membuka mulut mengenai status hubungannya dengan dramatis dan pengacara popular, Yasmin Hani.
Alif berkata, mereka kini dalam fasa berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Jujurnya, apa yang boleh saya beritahu adalah saya saya dan dia sedang berkawan rapat. Berilah peluang kami kenal dahulu.
“Untuk bersama berdua, mungkin kami tidak mempunya masalah. Tetapi saya juga perlu fikirkan tentang anak-anaknya.
“Justeru, saya perlu serasi terlebih dahulu dengan anak-anak Yasmin,” katanya kepada Gempak.
Alif, 34, memberitahu, hubungan mereka mula rapat sejak membintangi drama bersama beberapa bulan lalu. Katanya, dia tidak menolak jika Yasmin merupakan jodoh buatnya.
“Sebelum ni, kami hanya bertegur sapa seperti rakan biasa. Namun sejak beberapa bulan lalu hubungan kami bertambah rapat.
“Kalau dah jodoh, saya tak tolak. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku jadi kita jalani hidup untuk tahu bagaimana kesudahannya,” ujar Alif lagi.
Sementara itu, Yasmin Hani ketika dihubungi Gempak enggan mengulas lanjut mengenai hal ini.
“Tak nak ulas dulu now,” balasnya ringkas.
Alif dan Yasmin Hani membintangi drama The Hotel yang pernah disiarkan di Astro Ria pada tahun lalu.
Terdahulu, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.
Pasangan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024