Laman Utama
Alif Satar Bawa Anak-Anak Mandi Hujan, Netizen Teruja Nak Cuba - “Hujan Hari Rabu Itu Penyembuh Penyakit”
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mencuri perhatian ramai apabila membawa dua anak perempuannya bermain air hujan di kawasan kediaman.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi momen bersama anak-anaknya iaitu Alisha Anugerah, 6 dan Ariana Mecca, 4, mengenakan baju hujan dan turun bermain air.
“18/8/2021, today we put our raincoats on and danced in the rain,” tulis Alif di ruangan kapsyen.
Menjawab pertanyaan wargamaya, pelantun lagu Akhiri Penantianku itu memaklumkan tindakan membawa anak-anak bermain air hujan itu sudah mendapat kebenaran isterinya.
Tidak hanya persoalan, ruangan komen foto tersebut mendapat respon yang positif apabila ramai wargamaya mendapat inspirasi aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak memandangkan mereka terpaksa berkurung di dalam rumah.
Ada juga wargamaya yang menyatakan mengenakan air hujan ke tubuh adalah sunnah Rasullulah dan boleh diamalkan.
Walaupun ramai yang mahu mencuba aktiviti bermain air hujan selepas ini, perihal keselamatan seperti pemakaian baju hujan harus ditekankan untuk melindungi mereka.
“Thanks for the idea mate, will do this with my kiddos next time,” tulis seorang wargamaya.
“Actually, ini sunnah Rasulullah. Well done Alif and family,” puji seorang wargamaya.
“Bestnya! Inspired,” ujar seorang wargamaya.
“Sunnah mengenakan air hujan ke badan, enjoy!” sokong seorang wargamaya.
“Baru beli semalam baju hujan kat kedai dua ringgit. Must try later lah gini,” komen seorang wargamaya.
“Hujan hari rabu itu Syifa, hujan penyembuh penyakit. Good,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Alif dan anak-anaknya itu telah mendapat hampir 52,000 tand suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Alif Satar iaitu Sha Dila Hadid berkahwin pada September 2014.
Selain Alisha dan Ariana, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Ali yang lahir pada 19 September 2019.
Must-Watch Video