Selebriti versatile, Alif Satar tak menyangka impiannya sejak zaman sekolah lagi untuk menyertai perarakan hari kebangsaan menjadi kenyataan kali ini.

Alif bersama kumpulannya Alif Satar & The Locos bakal membuat persembahan di hari kemerdekaan tanggal 31 Ogos esok.

Mereka bakal mempersembahkan lagu tema hari kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Dulu zaman sekolah tak dapat peluang nak join perarakan hari kebangsaan, rupanya Allah nak bagi lebih lagi!

“Pada 31 Ogos nanti, kami perform lagu tema hari kebangsaan 2022 berjudul Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Dataran Merdeka, jangan lupa tengok!,” beritahunya.

Alif berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik foto bersama kumpulannya ketika sesi rehearsal sempena hari kebangsaan esok.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bangga dengan pencapaian Alif.

“Wah so proud of you,” komen salah seorang pengikutnya.

“Tak sabar nak tengok live hari kemerdekaan,” kata salah seorang warga net.

“Moga dipermudakan,” komen salah seorang warga maya