Pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah mengumumkan bahawa mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya pada Julai depan.
Perkara itu didedahkan menerusi satu siaran live di Instagram mereka.
"Little sister atau little brother? Saya masih tak tahu jantina anak kedua saya, sebab isteri merahsiakan hal itu.
"Jadi, hari ini kami akan dedahkan jantinanya," kata Aliff yang kemudian memecahkan belon untuk mengetahui jantina bakal anak keduanya itu.
"Yeay, anak perempuan!" kata Aliff yang kini berjauhan dengan isterinya apabila berada di Singapura sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ekoran Covid-19.
Dalam sesi live tersebut, Aliff turut ditemani ahli keluarganya di Singapura.
Turut kelihatan dalam live tersebut, adiknya, penyanyi Aisyah Aziz.
"Saya tak kisah lelaki atau perempuan. Mana-mana pun okay, yang penting baby sihat, alhamdulillah," ujar Aliff.
Terdahulu, pada bulan lepas, Bella tampil membuat pengakuan bahawa dia dan Aliff sudah kembali rujuk selepas bercerai dengan talak satu pada Mei 2019.
Pengakuan itu juga mengejutkan ramai pihak apabila Bella turut mendedahkan dia kini sedang berbadan dua.
BACA: "Masa Dalam Iddah Lagi Tak Perlu Kahwin Semula" - Bella Astillah & Aliff Aziz Kembali Rujuk, Kini Hamil Anak Kedua
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.
Saksikan drama lakonan Aliff Aziz dan Bella Astillah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Wed May 13 2020
[PROMO] Uji Bakat INNOVATHON Musim Ke-2
INNOVATHON KEMBALI! ANDA ADA IDEA YANG MENARIK?
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.
"Nanti Orang Boikot Filem Saya, Rugilah Saya!" - Datuk Ayu Takkan Ambil Artis Bermasalah
Penerbit filem Datuk Rosmarayu Mokhtar enggan memilih pelakon yang terlibat dalam masalah moral untuk membintangi naskhah terbitannya.
Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang
Pelakon Randy Pangalila mendedahkan kehidupan dunia glamor tidak membuat dirinya sentiasa dilimpahi wang ringgit atau kemewahan.
"Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura
Penyanyi Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.