Hiburan

Aliff Aziz Pernah Rasa Malu Dengan Nama Sendiri – “Saya Tiada Harta, Tiada Aset, Nothing Dalam Akaun Bank”

gempak
Umirah Halim
03/01/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Aliff Aziz Pernah Rasa Malu Dengan Nama Sendiri – “Saya Tiada Harta, Tiada Aset, Nothing Dalam Akaun Bank”
Baru-baru ini, tular semula video podcast penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkongsi kisah detik hitam dan jatuh bangun hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Aliff, tahun 2019 merupakan titik terendah yang pernah dilalui dalam hidupnya.
“Pada tahun 2019, selepas penceraian pertama saya, saya give up dalam hidup.
“Saya tiada harta, tiada aset, nothing dalam akaun bank saya. Hanya nama saya dan list of benda yang saya buat di internet.
“Benda itu juga dipengaruhi oleh bad decisions saya sendiri. So benda tu buat saya give up,” ujarnya.
Menurut Aliff, dia juga tidak pernah terfikir untuk kembali menyambung karier nyanyian dan lakonan setelah menempuhi pelbagai ujian hidup pada masa itu.
“To me, I even want to change my name bro, memalukan untuk guna nama Aliff.
“Tapi inilah yang dikatakan tiada yang mustahil bagi Allah. Allah ambil apa kita ada sekelip mata tak mustahil dia berubah," kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan wargamaya memberikan sokongan dan turut terinspirasi daripada kisah yang telah dikongsikan Aliff.

Berita Trending: Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas - “Benda Ini Sangat Membantu”

Sekadar info, Aliff Aziz atau Muhammad Aliff Aziz merupakan Juara Gegar Vaganza Musim ke 8 (GV8) dan turut menyertai All Stars Gegar Vaganza.
Aliff pernah bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada Mei 2019. Namun, mereka Kembali rujuk pada April 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024