Berita

Aliff Syukri Dah Penat Berniaga, Nak Duduk Rumah?

gempak
ZULHILMI JALIL
03/07/2020
07:26 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Dah Penat Berniaga, Nak Duduk Rumah?
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Shukri mengakui adakalanya dia terdetik rasa penat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakannya itu selama ini.
Lebih-lebih lagi, katanya, apabila dia terpaksa berdepan dengan perangai manusia yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya yang cuba membantu untuk sama-sama berjaya dalam bisnes.
"Penat berniaga..bila kita buat bisnes, ada orang cuba mengambil kesempatan, pekerja pecah amanah, mencuri duit bertahun-tahun.
"Siap memfitnah dan memburuk-burukkan saya. Itu yang saya agak terkilan, sampai terdetik nak duduk rumah sahaja. Saya pun rasa nak suruh isteri urus bisnes kosmetik sahaja, saya malas nak ke depan dah," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, Aliff menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi luahannya apabila mengakui sudah penat berniaga selama 12 tahun.
"Kadang kala saya terfikir untuk duduk di rumah sahaja habiskan duit yang mana ada sebab penat nak buat bisnes nak bantu orang berjaya bersama tapi kita pula yang dimakan.
"Terima kasih kepada anda yang dah makan saya. Susah nak percaya percaya semua sekarang, banyak sangat talam dua muka," tulisnya.
Dalam pada itu, kata Alif, dia masih lagi menunggu hasil siasatan pihak polis berhubung isu pekerjanya yang pecah amanah baru-baru ini.
"Saya dah buat laporan polis dan tunggu hasil siasatan. Ada tiga orang. Dah lama bekerja dengan saya, ada yang lima tahun.
"Tapi saya tak nak cerita siapa, tak mahu buka aib," katanya.
Sebelum ini, Aliff meluahkan rasa kesal apabila terdapat pekerjanya yang didakwa pecah amanah ketika berkhidmat bersamanya.
BACA: "Yang Mulut Manis Belum Tentu Baik ..." - Staff Pecah Amanah, Aliff Syukri Tak Nak Buka Aib
Saksikan program yang menampilkan Aliff Syukri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live