Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video 'Kelepok Raya', tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan tambahan daripada peguam mewakili Aliff Shukri dan pihak pendakwaan.
Advertisement
Mengikut empat pertuduhan, Aliff Syukri dituduh membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Instagram 'aliffsyukriterlajaklaris'.
Sebelum ini, satu muzik video lagu raya nyanyian Aliff Shukri berdurasi 5 minit 23 saat pada 2022 menjadi kontroversi.
Muzik video itu dikritik kerana memaparkan aksi beberapa penari lelaki yang disifatkan mencemari sambutan perayaan Aidilfitri.