gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Penolong Pengarang Berita Hiburan BH Meninggal Dunia
HIBURAN
Anak Meragam Selepas Ayda Jebat ‘Upload’ Foto Atau Video Di Laman Sosial - “Dulu Saya Tak Tahu Fasal Penyakit Ain…”
HIBURAN
Elyana Kongsi Punca Mula ‘Berkaki Ayam’ Ketika Membuat Persembahan - “Sampai Orang Ingat Saya Macam Artis Bermasalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aliff Syukri Nasihat, Pasangan Berkahwin Jangan Terlalu Tayang Bahagia Di Media Sosial - “Tak Ada Dalam kehidupan Ni Sweet, Itu Semua Propa”

gempak
Mya Amri
14/03/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Nasihat, Pasangan Berkahwin Jangan Terlalu Tayang Bahagia Di Media Sosial - “Tak Ada Dalam kehidupan Ni Sweet, Itu Semua Propa”
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menasihatkan pasangan berkahwin supaya kurangkan kongsi momen romantis di media sosial.

Jangan kerap tayang bahagia di media sosial

Kerana menurut Aliff, apa yang dipaparkan di media sosial itu belum tentu sama dengan yang dilalui di dunia sebenar.
“Kalau kahwin sampai 50 tahun pun, belum tentu ada yang saling melengkapi kerana dalam perkahwinan tiada yang sempurna. Tetapi kena sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik.

“Kalau ada pasangan jangan tayang di media sosial. Apa yang ditayangkan tidak seindah dalam kehidupan realiti. Bukan semuanya indah dalam perkahwinan.

“Kalau setakat kahwin lima atau enam tahun belum tentu lagi menjamin kebahagiaan, panjang lagi perjalananannya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebenarnya Saya Nak…” - Iman Troye Nafi Laporan Polis Hanya Gimik, Dedah Hubungan Dengan Aliff Syukri Memang Tak Pernah Okay

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri Rasa Terbeban Miliki Rumah Besar - “Saya Kena Peruntukkan Ratusan Ribu Untuk Repair…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”

ARTIKEL BERKAITAN:Mewah Betul! Datin Shahida Buat 'Tour' Tandas Rumah, Netizen Terpegun - "Lagi Besar Dari Bilik Aku..."

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Nak Panggil Saya, Rate Paling Sikit RM15,000 Untuk Menyanyi” - Bayaran Tak Setimpal! Aliff Syukri Sanggup Tolak Tawaran Nyanyian Di Sebuah Konsert

Realiti kehidupan

@kay_officialpage1 Tips perkahwinan dari Aliff syukri #fyp#tips #datoaliffsyukri #humor ♬ original sound - kay_officialpage1
Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak mengutuk mana-mana pihak namun apa yang diperkatakan itu adalah realiti sebuah kehidupan zaman kini.
“Saya ini bukan nak mengutuk orang tetapi itu apa yang saya nampak. Kadang pasangan yang jalan pegang pegang tangan, yang sweet di media sosial ni saya kadang cemburu tengok.

“Hujung-hujung dia yang cerai dulu. Ada tu tak kahwin tak sampai setahun, waktu bercinta bukan main romantik. “Kadang kadang kita tengok pasangan itu paling kuat bergaduh, hujung-hujung kahwin dah 30 tahun.

“Jadi pada pandangan saya dont judge a book by its cover,” ujarnya.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Topic Berkaitan
#Media Sosial
#Aliff Syukri
#Nasihat
Must-Watch Video