Gaya Hidup
Aliff Syukri Rugi RM300,000 Ikan Kelah Mati, Ini Nasihat Vida Cara-Cara Menjaga Ternakan Itu
Dua hari lalu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya mati.
Aliff turut mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.
Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.
"Kolam mestilah dalam sekurang-kurangnya enam kaki, pengaliran air seperti air terjun perlu cantik dan tinggi.
"Jangan campurkan pelbagai jenis ikan! Kalau nak beli ikan baru kena kuarantin terlebih dahulu selama tiga hingga empat hari dalam satu tong.
"Selepas keluar semua toksik baru masukkan sekali dalam satu kolam.
"Seperkara lagi, kalau nak ikan segar jangan letakkan terlalu banyak dalam satu kolam dan pastikan penapis air bersaiz besar dan bersihkan seminggu sekali," kata Vida.
Penternakan ikan kelah menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan memandangkan harga seekor ikan liar sungai itu boleh mencecah RM1,400.
Must-Watch Video