Duet lagu berhantu Datuk M. Nasir, Raikan Cinta antara Ayai Illusi dan penyanyi asalnya berjaya memikat hati juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.

“Saya selalu pesan elakkan duet bersama Allahyarham Sudirman dan Datuk M.Nasir. Tapi malam ini menjadi,” demikian komen Datuk Ramli MS terhadap persembahan Ayai.

Manakala sahut Syafinaz; “This is the perfect duet so far.”

Hetty turut memuji persembahan Ayai dan M. Nasir dengan memberikan tiga inisial M.

“Melengkapi, mengalir seperti air di sungai dan mantap,” pujinya.

Selain itu, audiens di Auditorium MBSA turut memberikan penghormatan dengan bangun berdiri untuk persembahan hebat Ayai dan M. Nasir.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838